Friday, October 2, 2009

Halal Produk Berkualiti Tinggi-Nik

Assalamualaikum wbt,

Bercakap soal makanan atau minuman,kita mesti mahu yang terbaik dan bagi orang Islam pula mencari yang halal adalah dituntut dan wajib mengikut syarak yang telah ditentukan. Terlalu banyak dan 'melimpah ruah' produk-produk makanan dan minuman yang ada diluar sana. Tetapi adakah kita pernah 'sedikit' mengambil tahu apakah produk yang selama ini masuk dalam perut kita itu berkualiti atau lebih besar lagi halal disisi agama?Bukankah Allah suruh mencari makanan yang halal lagi baik?

Pasti majoriti rakyat malaysia khususnya umat Islam sekarang jarang mengambil berat atau 'Take for granted' mengenainya. Beribu-ribu produk tidak kira produk kecantikan ,perubatan,kesihatan terdapat di Malaysia. Masing-masing mempromosikan produk mereka dengan tawaran hasil yang baik dan sebagainya. Ada pula yang menipu atas dasar mahu mengutip keuntungan dan kepentingan peribadi.

Saya pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia majoritinya mencari produk kesihatan atau perubatan kerana mengikut info statistik yang diberikan oleh seorang jutawan muda yang berniaga melalui internet. Tidak hairanlah begitu banyak produk-produk kesihatan di keluarkan oleh bermacam-macam syarikat dan berlumba-berlumba mempromosi produk masing-masing.

Baru dua bulan sebelum ini saya menemui produk yang begitu baik dan berkualiti tinggi,saya amat kagum dan bangga dengan usaha pegeluar produk ini yang bertungkus -lumus mengeluarkan produk yang menjaminkan hasil yang cukup baik.Hasilnya telah terbukti pada 1000 pengguna.Ianya juga adalah hasil kajian Profesor formulator Muslim terkemuka bagi menjaga kualiti dan dengan tujuan meningkatkan ekonomi dan kebajikan umat Islam.

Produk-produk yang dihasilkan oleh orang Islam haruslah diketengahkan bagi membantu umat Islam yang sentiasa ditindas dan kurang mendapat tempat. 3 produk berkualiti tinggi,KolegeNik,SusuNik~IgG165 dan Kolegenol yang saya jumpa ini membuatkan saya suka dan tenang untuk mempromosikannya,tetapi bukannya kerana mendapat keuntungan semata tetapi gembira apabila melihat para pengguna terseyum apabila kesihatan mereka bertambah pulih dan secara tidak lansung membantu untuk tujuan kebajikan.

Semoga kita bijak memilih sesuatu perkara bagi menjana kualiti insan cemerlang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment